Malaysia Tegas Sokong Palestin: Seru Terus Hulur Bantuan dan Doa untuk Rakyat Gaza

- Advertisement -

Cyberjaya: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, menyeru umat Islam untuk terus menghulurkan bantuan kepada Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyatnya yang ditindas oleh rejim Israel.

Beliau menegaskan, rakyat Palestin telah bertahan dengan penderitaan dan konflik yang berpanjangan, memerlukan sokongan masyarakat dunia untuk membina semula kehidupan mereka.

“Marilah bersama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar masyarakat di Palestin terus diberikan keafiatan dan kesejahteraan,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Mohd Na’im turut menyokong kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan bahawa gencatan senjata perlu menjadi titik tolak ke arah pembentukan negara Palestin yang merdeka, berdaulat, dan berdaya maju.

Harapan Keamanan Berterusan

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Datuk Dr. Mohamad Azam Mohamed Adil, berkata perjanjian gencatan senjata di Gaza hasil tekanan antarabangsa merupakan langkah awal penting ke arah kestabilan yang lebih kukuh di rantau itu.

“IKIM menyambut baik langkah gencatan senjata ini sebagai usaha meredakan ketegangan dan penderitaan di Gaza. Ia merupakan perkembangan positif dalam menangani konflik yang telah mengakibatkan kemusnahan besar dan kehilangan nyawa,” ujarnya.

Dr. Mohamad Azam turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk terus bertindak proaktif dalam memastikan kestabilan dan pembangunan semula Gaza dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Gencatan senjata ini harus menjadi asas kepada penyelesaian konflik yang lebih menyeluruh, membawa keamanan yang berkekalan kepada rantau ini. IKIM kekal komited menyokong usaha keamanan sejagat,” katanya.

Fasa-Fasa Gencatan Senjata

Gencatan senjata di Gaza akan dilaksanakan melalui tiga fasa. Setelah perjanjian dimeterai, Israel perlu segera membenarkan :
1. Membina 60,000 rumah.
2. Mendirikan 200,000 khemah dalam tempoh 42 hari.
3. Membuka pintu sempadan bagi membolehkan bantuan makanan dan perubatan dihantar.

Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman, mengumumkan pada Rabu kejayaan perjanjian gencatan senjata itu, dengan pelaksanaannya dijadual bermula Ahad ini.

Malaysia kekal teguh menyokong usaha global bagi keamanan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat