CYBERJAYA: Bekas penyampai radio Sinar FM, Tyzo Xander berseloroh berseloroh dengan Khairy Jamaluddin (KJ) sama ada pihak Hot FM ingin mengambil dia bekerja.
Namun, KJ secara berseloroh juga menjawab tidak mahu kerana usia mereka sebaya.
““KJ tak nak ajak saya bekerja dengan KJ ke?,” soal Tyzo.
Menjawab dengan tertawa: “Tak nak tak nak sebab awak sebaya dengan saya,” kata KJ dalam segmen Bekpes Hot yang juga diterajui Fara Fauzana, AG dan Johan.
Sebelum ini, selain kontroversi penamatan khidmat Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris sebagai penyampai radio Suria FM, antara yang mencuri tumpuan netizen adalah usia sebenarnya yang dikatakan sudah mencecah 58 tahun.
Penamatan kontrak Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu mendapat perhatian luar biasa sehingga menjadi perdebatan pendengar yang tidak berpuas hati keputusan dibuat pengurusan tertinggi stesen radio Suria FM, sedangkan slot kendalian Tyzo dan Sharifah Shahirah atau Rara menjadi pilihan pendengar pada waktu petang.
Ramai peminat penyampai radio berusia 47 tahun itu mengugut mahu memboikot stesen radio Suria FM, tidak kurang juga berharap ada stesen radio lain yang berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada Tyzo.
Sementara itu, penamatan kontrak Tyzo itu bukan sahaja mendapat perhatian stesen radio pesaing dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman bagi membincangkan kerjasama boleh dilakukan untuk memperkukuhkan jenama Radio Televisyen Malaysia (RTM).