CYBERJAYA: Bekas penyampai radio Suria.FM, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah Onn menafikan gaji penyampai radio mencecah puluhan ribu seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menurutnya, walaupun pernah merangkul anugerah penyampai radio popular beberapa kali, dirinya tidak pernah mendapat gaji RM50,000-100,000 ribu itu.
“Laa..hangat kat socmed cerita pasal gaji penyampai radio pulak ke? Discuss secara terbuka tu! Ingat malas nak campur..tapi bila ada orang sebut nama kita, kita reply lah..
“Haishhh… Pandai pandai je awak cakap gitu. Bestnya lah hai kalau betul dapat gaji gitu . Mana Linda pernah dapat gitu… Sampai ke sudah pun tak pernah dapat tinggi gitu.
Dulu menang award pun..nama tengah gah pun…gaji takdelah sampai 10k. Bertuah penyampai radio zaman sekarang.. sampai jejak 50k – 100k-150k sebulan.
“Kalaulah bakatku dihargai dulu sampai dapat sebegitu… Best nyaaaa…,” katanya menerusi Facebooknya.

“Ye lah.. kita faham juga. Maybe penyampai zaman sekarang kualiti nya berbeza, approach nya berbeza, kehendak pendengar berbeza, kehendak station pun berbeza berbanding dengan zaman Linda dulu. Tambahan pula orang yang dah ada nama dipanggil jadi penyampai radio. Lagilah berharga…
“Dulu nak dapat naik gaji pun kena lalui appraisal..tengok KPI.. tengok performance sebagai penyampai dan tengok komitmen kita untuk on ground event bagi station tu. Bukan senang eh.
“Yelah.. back to.. zaman dulu lain.. Maybe juga zaman dulu ada yang dapat 40k – 100k. Tapi nope, Linda tak dapat . Why why why?? Kita terima je lah.. mungkin standard Linda tak sampai tahap tu.
“Happy juga dengar gaji penyampai dah ratus ribu sekarang…wow..MasyaAllah banyaknya!! Kadang terfikir.. kenapa dulu Linda tak dapat gitu eh? Haa…Itu maknanya… Sudah tertulis rezeki ku sebegitu saja. Kepada penyampai sekarang yang dapat gaji sebulan 50k – 100k -150k, tahniah,” ucap beliau.
Linda Onn juga bekas penyampai radio Era (1998-2008), Sinar.FM (2009-2010) dan Kool.FM (2018-2020).-SUARATV
