MOSTI Garis Tujuh Keutamaan Bagi Negara Capai Kemajuan Dalam STI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menetapkan tujuh fokus utama pada tahun ini melalui pendekatan berteraskan komuniti dan kerjasama dalam sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam menyelesaikan pelbagai masalah di negara ini.

Dalam satu sidang media di ibu negara hari ini Menteri MOSTI, Chang Lih Kang berkata, ianya melibatkan pemajuan Model Pembangunan Sistem Pencegahan Ancaman Bencana Alam, Kesihatan dan Bekalan Makanan Negara.

“Untuk mengariskan beberapa hala tuju saya ingin membawa MOSTI, seperti kita sedia maklum saya telah gariskan empat Komuniti, Kerjasama, Kemajuan dan Kemakmuran.

“Saya juga gariskan tujuh fokus untuk MOSTI pada tahun 2023 ini, saya harap kita akan menggunakan STI untuk membantu negara dan rakyat menyelesaikan masalah yang kita hadapi sekarang,” katanya.

Sementara itu, fokus lain yang ditetapkan termasuklah Pembangunan Sistem Pintar untuk Komuniti Bandar-Luar Bandar Terhubung, pelaksanaan inovasi sosial berteras akar umbi dan teknologi tempatan serta penyelesaian cabaran industri dan kerajaan melalui MYHackathon.

Pengiktirafan kepada teknologi tempatan di dalam perolehan kerajaan melalui Program MySTI, pembangunan dan pengaplikasian teknologi termaju seperti nanoteknologi dan robotik juga antara yang diambil perhatian oleh kementerian berkenaan.

Bagi memperkukuh pembangunan bakat sains dan teknologi, MOSTI turut menetapkan Program Upskilling for Deeptech and Futureskills bagi tujuan meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja negara, menurut menterinya.

Bagi memupuk minat pelajar dan belia dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Program MyTechlympics antara program yang bakal dilaksanakan oleh MOSTI.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat