KESEDAR, JAKOA Kelantan Diminta Bertindak Segera Isu Jambatan Kampung AO Brooke Lama – TPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah meminta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) negeri Kelantan untuk mengambil tindakan segera berhubung isu jambatan uzur berhampiran Kampung Orang Asli Brooke Lama, POS Brooke di Gua Musang.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, demi keselamatan penduduk terlibat beliau telah mengarahkan kedua-dua agensi berkenaan untuk bertindak segera sekiranya jambatan berkenaan memerlukan sebarang kerja-kerja baikpulih mahupun penambahbaikkan.

“Saya amat prihatin setelah membaca sebuah artikel berkenaan keadaan jambatan uzur yang berdepan risiko keselamatan termasuk kehilangan nyawa di Gua Musang, Kelantan.

“Seperti yang dilaporkan, hampir 500 penduduk orang asli berhampiran Kampung Orang Asli Brooke Lama, POS Brooke yang mengguna-pakai jambatan tersebut untuk pelbagai tujuan termasuklah menghantar anak ke sekolah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Walau bagaimanapun menurutnya, beliau telah dimaklumkan bahawa jambatan tersebut bukanlah satu-satunya laluan keluar masuk yang terdapat di kawasan berkenaan.

Sebaliknya, terdapat sati laluan konkrit yang boleh digunakan yang telah dibuat sebelum ini di kawasan belakang kampung berkenaan yang menghubungkan jalan bertar.

“Setelah dilakukan siasatan, saya dimaklumkan jambatan tersebut bukanlah satu-satunya laluan keluar masuk yang ada di kawasan tersebut, tetapi pihak JAKOA telah membina sebuah jalan konkrit di sebelah belakang kawasan kampung yang seterusnya bersambung dengan jalan berturap tar menuju ke KOA Liak dan Kuala Rengil.

“Jalan konkrit tersebut merupakan laluan utama dan boleh diakses oleh kereta, pacuan empat roda dan motosikal,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat