Usul tidak tanding Presiden, Timbalan tidak ikut peraturan – Noh Omar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar memaklumkan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan yang dikemukakan pada Pehimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, tidak mengikut peraturan.

Dalam satu hantaran di Facebook miliknya, Noh berkata hanya tujuh usul sahaja yang dibincangkan dalam mesyuarat MKT, manakala usul berkenaan pertandingan jawatan tertinggi parti itu tidak dibincangkan.

“Apa yang berlaku adalah usul tersebut adalah usul tambahan dan bukan usul pindaan. Perkara 20 Perlembagaan UMNO merujuk kepada usul pindaan bukan tambahan.

“Jadi usul tambahan tersebut tidak melalui mesyuarat MKT dan saya lihat ini bercanggah dengan peraturan sedia ada.

“Kalau usul tersebut dibincangkan dalam MKT, saya akan menyokong usul tersebut. Kalau dulu DS(Datuk Seri) Presiden menang bertanding tanpa apa-apa jawatan dalam kerajaan, tak mustahil beliau mampu menang memandangkan beliau sekarang adalah seorang Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Noh memaklumkan perkara tersebut sebagai jawapan kepada mana-mana pihak yang bertanya kepada bekas menteri kabinet itu berkenaan tindakannya tidak bangun menyokong usul tambahan yang dibawa wak dari Negeri Sembilan.

Tambah Noh, berkenaan hubungannya dengan Zahid Hamidi, biarlah perkara tersebut diuruskan antara mereka berdua.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat