Tindakan Tegas Boleh Diambil Jika Wujud Kecuaian – KPM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius terhadap kejadian wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 yang dilaporkan disamun selepas seorang guru besar sebuah sekolah di Beranang mengeluarkannya dari bank.

“KPM memandang serius terhadap kejadian ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu siasatan kes yang sedang dijalankan.

“Pada masa yang sama, KPM juga sedang menyemak insiden ini daripada segi prosedur dan tatacara pengeluaran wang oleh pihak sekolah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan,” kata kementerian itu menerusi satu kenyataan kepada media hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, KPM melalui Surat Pindaan Ke Atas Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan, bertarikh 29 Disember 2022 telah memberi peringatan kepada semua pengurus sekolah berkaitan pematuhan kepada Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah yang sedang berkuat kuasa.

“Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan ini juga telah menetapkan tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah untuk jumlah melebihi RM10,000 mestilah dalam keadaan selamat dengan perkhidmatan polis pengiring.

“KPM tidak akan sesekali berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya dalam perkara-perkara yang melibatkan prosedur dan tatacara kewangan.

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang didapati cuai atau tidak akur kepada arahan yang telah ditetapkan. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat