Kastam Pahang rampas rokok seludup nilai RM2.16 juta

- Advertisement -

KUANTAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok terbesar di negeri ini.

Kejayaan itu hasil intipan dan maklumat awam oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pahang pada 5 Januari lalu.

Pengarah JKDM Pahang, Wan Apandi Wan Hassan berkata, pihaknya menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh sebelum pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan rokok seludup dianggarkan bernilai RM2.16 juta.

“Lori itu sedang parkir di kawasan letak kenderaan berat ketika pegawai dan anggota kami memperkenalkan diri sebelum melakukan pemeriksaan.

“Kita percaya lori terbabit dalam perjalanan ke Lembah Klang bagi menghantar bekalan rokok seludup berkenaan,” katanya dalam sidang media di Temerloh, hari ini.

Wan Apandi berkata, seorang lelaki berusia 50-an turut ditahan kerana berada dalam lori itu ketika pemeriksaan dilakukan.

Lelaki itu bagaimanapun sudah dibebaskan dengan ikat jamin.

Katanya, keseluruhan rokok seludup ditemui berjumlah 2,860,000 batang dianggarkan bernilai RM258,800.

“Jumlah duti serta cukai pula dianggarkan RM1.9 juta. Rokok ini diklasifikasikan sebagai barang dilarang pengimportan dan semuanya dirampas serta dibawa ke stor Cawangan Penguatkuasaan JKDM Temerloh.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana berurusan dengan barang-barang tidak berkastam mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.

“Sabit kesalahan boleh dihukum tidak kurang daripada sepuluh kali ganda nilai barang atau RM 100,000 atau yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 25 ganda nilai barang atau RM500,000.00 atau yang mana lebih tinggi,” katanya lagi.

Wan Apandi berkata, sabit kesalahan itu juga boleh dipenjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat