Kawal emosi atas pentas

- Advertisement -

Acara This is Ernie Zakri Showcase (TIEZS) yang berlangsung Rabu lalu meninggalkan impak besar buat peminat penyanyi ini.

Namun, impak itu tidak hanya dirasakan oleh lebih 200 penonton yang hadir, bahkan, turut memberikan kesan kepada Ernie selaku individu yang tampil di pentas.

Penuh emosi, namun, Ernie berjaya mengawal vokalnya dalam lagu-lagu yang disampaikan.

“Alhamdulillah, ‘showcase’ solo saya ini berlangsung dengan jayanya dan ia detik bermakna buat saya. Mungkin ini boleh menjadi titik tolak dan persiapan untuk mengadakan konsert berskala lebih besar.

“Acara inisudah lama dirancang, cuma baru tahun ini dapat direalisasikan memandangkan sebelum ini saya bersalin dan kemudian, ada konsert bersama Syamel.

“Sebelum konsert ini, saya dan pihak pengurusan merancang membesarkan lagi skalanya. Namun, dalam masa yang singkat, sukar untuk kami merealisasikannya. Jadi, saya rasa, lebih baik kami mulakan dengan sesuatu yang kecil seperti ini dulu,” katanya.

Saat tampil di pentas Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC) itu, Ernie juga turut menitiskan air mata tatkala berkongsi mengenai keadaan bapa mentuanya, Mohd Fodzly yang ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Siapa sangka, dalam pada kami melakukan persiapan, pelbagai perkara berlaku. Sewaktu bercuti bersama suami, kami dimaklumkan berita sedih mengenai kematian beberapa anggota keluarga. Kemudian, beberapa hari sebelum persembahan ini berlangsung, bapa mentua saya pula ditahan dan dirawat di ICU,” katanya.

 

ERNIE tampil elegan di acara This is Ernie Zakri Showcase. FOTO Amirudin Sahib
ERNIE tampil elegan di acara This is Ernie Zakri Showcase. FOTO Amirudin Sahib

 

Ernie juga berkongsi rasa terharunya apabila suaminya, Syamel, turut hadir memberikan semangat.

“Saya sangat berbesar hati kerana Syamel turut meluangkan masa untuk hadir ke ‘showcase’ ini. Saya tahu, dia pun banyak luangkan masa di hospital untuk menjaga ayah. Jadi, bila nampak kehadirannya, saya rasa amat terharu,” katanya.

Di acara itu juga, Ernie turut menyampaikan lagu baharunya berjudul Astana yang dihasilkannya bersama suami serta dua komposer lain iaitu Omar K dan Shazriq Azeman.

Ditanya mengenai persiapan untuk mempersembahkan lagu Korban yang layak ke AJL37, Ernie berkata, persiapan penuh bermula selepas ‘showcase’ terbabit selesai.

” Untuk persiapan ke AJL37, selepas selesai dengan showcase ini barulah saya dapat berikan tumpuan penuh kepada persediaan untuk lagu Korban pula.

“Saya tak sabar nak persembahkan lagu itu (Korban) nanti kerana mesejnya yang sangat dekat dengan kisah peribadi saya. Tak sabar rasanya nak membawa anda semua masuk ke dalam dunia saya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat