Skuter ranggi XDV250i diperkenalkan

- Advertisement -

Selepas pelancaran dua model skuter 250cc sebelum ini menerusi model RT3 dan ES250i, diperkenalkan pula model XDV250i.

Melalui rekaan ranggi gaya pengembaraan, ia dilengkapi enjin 244cc empat lejang, silinder tunggal SOHC yang menjana 24.8 kuasa kuda pada 8,750rpm dan tork 23Nm pada 6,750rpm.

Ia juga mematuhi piawaian Euro 4 dengan suntikan bahan api elektronik.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan brek cakera hadapan dan belakang serta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Untuk rekaan, XDV250i didatangkan dengan cermin pelindung angin boleh laras, lampu utama LED projektor dan Lampu Nyalaan Siang (DRL), lampu kecemasan serta panel meter digital LCD penuh.

Sesuai untuk perjalanan jauh, ia dilengkapi tangki bahan api 13.5 liter, pengecas USB serta ruang simpanan pada bahagian hadapan dengan soket kuasa 12V10A.

Untuk pengendalian lebih selesa, ia dilengkapi suspensi KYB pada bahagian hadapan dengan fork terbalik serta teleskopik pada bahagian belakang.

Ia bagi kesesuaian pelbagai jenis permukaan jalan.

Ruang simpanan bawah tempat duduk 26 liter boleh memuatkan sebuah topi keledar berpenutup penuh serta pelapik kaki anti gelincir sebagai ciri standard.

XDV250i ditawarkan menerusi dua varian iaitu Standard dan Project-X yang dilengkapi tambahan aksesori berbeza seperti pelindung angin boleh laras lebih tinggi, rim jejari tanpa tiub dan tiga kotak simpanan sisi dan belakang.

Standard datang dengan dua warna pilihan iaitu Biru Admiral Blue dan Merah Scarlet manakala Project-X pula Hitam Majestic.

Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga RM18,888 (standard) dan RM21,888 (Project-X) (semua harga atas jalan tanpa insurans).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat