Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah.

Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang usahanya untuk merayu kepada Al-Sultan Abdullah bagi mempertahankan Perlembangaan serta rakyat dari salah guna kuasa.

Menurutnya lagi, bagi mempastikan proses mahkamah yang bakal di ambil berjalan dengan jayannya, pasukan peguam telah ditugaskan untuk menyiapkan permohonan untuk mencabar langkah Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Keputusan mengisytiharkan darurat sebenarnya tiada kaitan dengan usaha dan upaya negara untuk melawan penularan Covid-19,

“Saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia janganlah berputus asa. Negara ini sangat bertuah di mana terdiri daripada kepelbagaian kaum dan agama, saya yakin ini adalah yang terbaik yang pernah kita ada,” katanya melalui facebook beliau.

Dalam pada itu, Anwar menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berada dalam lembah percanggahan dan kegilaan.

Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menggesa kesemua Ahli-Ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah agar membatalkan Pengisytiharan Darurat dan menitahkan sidang Parlimen segera diadakan.

Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Seri Paduka turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Khas Bebas yang akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan bagi mengendali perjalanan darurat negara.

Sehari sebelum itu, Perdana Menteri pada sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai cadangan pelaksanaan darurat sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif COVID-19 harian yang mencecah empat angka secara berterusan sejak Disember lalu. -SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat