Ketua Pembangkang diminta serah nama calon jawatankuasa bebas darurat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan telah menghantar surat kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya menyerahkan nama tiga calon daripada blok pembangkang untuk menubuhkan jawatankuasa bebas.

Menurut laporan sebuah portal, jawatankuasa bebas ini berfungsi mengesyorkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.

“Ya, YB (Takiyuddin) telah menghantar surat awal petang hari ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Menteri telah meminta pembangkang menyerahkan tiga calon untuk mewakili pembangkang Jawatankuasa Bebas,” kata satu sumber dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada portal itu.

Sumber itu yang enggan dinamakan, bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai kandungan surat itu.

Susulan itu, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan penerimaan surat tersebut.

“Ya, saya telah menerima panggilan daripada Takiyuddin berhubung perkara tersebut.

“Saya juga menerima surat tersebut bagi pihak ketua pembangkang,” katanya dipetik portal Malaysiakini.

Saifuddin turut memberitahu bahawa telah meminta Takiyuddin berhubung terma dan rujukan jawatankuasa bebas tersebut.

“Saya ada bertanya mengenai terma rujukan dan komposisinya”

“Ini kerana jumlah ahli parlimen kerajaan dan pembangkang sama. Bahkan dengan perkembangan mutakhir ini mungkin pembangkang yang lebih,” katanya.

Menurut Saifuddin, Takiyuddin berjanji akan memberi maklum balas dalam masa terdekat

Untuk rekod, semalam Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara berkenaan pada kenyataan.

“Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

“Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu jawatankuasa bebas yang akan dianggotai oleh ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

“Jawatankuasa bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal,” kata kenyataan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat