Tanah Runtuh: Aktiviti Perkhemahan Di Batang Kali Bukan Anjuran Sekolah – Chin Ong

- Advertisement -

SUNGAI BULOH – Aktiviti perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Goh Tong, Batang Kali di sini bukan aktiviti rasmi sekolah.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, U Chin Ong, berkata sebaliknya ia hanya aktiviti bersama guru dan rakan-rakan mereka sendiri.

“Ini bukan aktiviti anjuran sekolah atau PIBG, ia program anjuran bersama rakan-rakan.

“Mereka dipercayai berkhemah di kawasan itu sejak Rabu lalu, kami juga (PIBG) baru diberitahu hari ini berhubung aktiviti ini,” katanya ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan rekod pihaknya hanya tujuh guru menyertai perkhemahan, manakala bakinya adalah anggota keluarga dan rakan mereka.

“Saya diberitahu mereka akan mendaftar keluar pada hari ini, semua tujuh guru itu adalah wanita.

“Setakat yang diberitahu 23 individu dari sekolah ini, manakala bakinya pengusaha kantin, keluarga guru dan rakan mereka,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat