Tanah Runtuh: Mayat Ibu dan Anak Perempuan Ditemui Berpelukan – Bomba

- Advertisement -

BATANG KALI – Mayat ibu dan anak perempuannya dipercayai berusia lingkungan tiga tahun dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, di sini, ditemukan dalam keadaan berpelukan, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata mayat ke-17 dan 18 itu ditemui di tapak perkhemahan bersebelahan sungai pada jam 4.40 petang.

“Pada jam 5 petang pula, pasukan penyelamat menjumpai satu lagi mayat berhampiran kawasan yang sama dan usaha-usaha untuk mengeluarkan mayat berkenaan sedang dijalankan,” katanya pada sidang media di lokasi berkenaan.

Norazam berkata 19 mayat telah dijumpai setakat petang ini manakala 14 lagi masih hilang.

“Usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan tanpa henti sehingga semua mangsa ditemui,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata operasi akan dihentikan sekiranya berlaku hujan lebat.

Seramai lebih 700 anggota penyelamat terlibat dalam operasi ini yang bertugas secara bergilir-gilir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah, berkata waris mangsa yang terkorban boleh hadir ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses pengecaman. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat