21 Mangsa Disahkan Terkorban Dalam Insiden Tanah Runtuh

- Advertisement -

HULU SELANGOR – Sebanyak 21 korban tragedi telah disahkan dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor sehingga pukul 7.30 malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 12 orang mangsa masih belum ditemui daripada keseluruhan mangsa yang berjumlah seramai 94 orang.

“Pihak polis, bomba ataupun semua agensi penguat kuasa telah dimobilisasikan sepenuhnya diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat akan terus memantau bersama ketua agensi dari semasa ke semasa dan akan maklumkan kepada pihak media mengenai kejadian ini.

“Pihak agensi penguat kuasa diharapkan dapat meneruskan tugas sedaya yang mungkin dengan kaedah-kaedah teknologi baru, jentera berat dan menggunakan anjing-anjing pengesan,” katanya ketika ditemui pemberita setelah membuat tinjauan di kawasan ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid meminta kesemua tapak perkhemahan dikosongkan sama ada di atas bukit atau di tepi sungai berikutan kejadian yang berlaku hari ini.

Katanya, kawasan-kawasan di sungai mungkin selamat, tetapi menurut Jabatan Metrologi Malaysia, hujan lebat akan bermula esok dan dikhuatiri tragedi kepala air akan berlaku.

“Saya harap ibu bapa, guru-guru sekolah, pelajar atau murid yang ingin pergi bercuti untuk tangguhkan dulu hasrat supaya kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya.

Dalam pada itu Zahid turut menzahirkan ucap takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar kesemua mangsa yang hilang ditemui dengan selamat. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat