Sultan Selangor Dukacita Tragedi Tanah Runtuh, Zahir Ucapan Takziah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sultan Selangor Sultan, Sharafuddin Idris Shah Alhaj melahirkan rasa terkejut dan berdukacita dengan tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan yang meragut banyak nyawa di Hulu Selangor awal pagi tadi, lapor HMetro.

Menerusi Selangor Royal Office, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan takziah di atas tragedi berkenaan.

“Baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin rasa amat sedih dan simpati serta berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat,” demikian perutusan takziah itu.

Memetik laporan sama, difahamkan, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dijangka berangkat ke lokasi kejadian pada esok pagi.

Pagi tadi, negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran Father’s Organic Farm, Batang Kali.

Setakat ini sejumlah 21 mangsa telah disahkan maut dalam kejadian tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat