Sia-sia bakat, kepakaran polis – DAP kritik lantikan Nik Ezanee

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lantikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal dilantik menjadi “Aide-de-Camp” (ADC) atau Juruiring kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dianggap satu langkah sia-sia dan membazirkan kepakaran polis berbakat.

Tanggapan disuarakan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming.

“Bakat dan kepakaran polis kita tidak harus disia-siakan begitu sahaja oleh kerajaan gagal hari ini,” bidas Kor Ming dalam ciapan di Twitternya pada Khamis.

BACA:

https://suara.tv/16/12/2021/nik-ezanee-dilantik-juruiring-perdana-menteri/

Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, adalah amat luar biasa bagaimana Ketua Siasatan Jenayah Negeri Selangor boleh diletak sebagai pegawai pengiring Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Untuk rekod Nik Ezanee, 43, dilantik menjadi Ketua JSJ Selangor pada 12 April lepas selepas memegang jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya pada 17 Feb 2020.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai ACP Perhubungan Antarabangsa Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) di Bukit Aman pada 2016.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat