KPLB hargai Dutch Lady taja susu buat kanak-kanak TABIKA KEMAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyambut baik dengan sumbangan yang diberikan oleh rakan strategik seperti Dutch Lady yang sudi untuk bersama dengan KEMAS khususnya untuk tajaan susu kepada anak-anak TABIKA.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kerajaan juga sedang berusaha memerangi masalah kebantutan di kalangan kanak-kanak.

“Dan dengan adanya program sebegini rupa akan dapat membantu kerajaan khususnya anak-anak Tabika KEMAS mendapat minuman yang berkhasiat.

“Program sumbangan seperti ini juga akan dapat meringankan beban ibu bapa yang terkesan dengan pendemik COVID-19 yang berlaku di seluruh negara,” katanya di Putrajaya pada Khamis.

Bahkan katanya ia dapat memenuhi sebahagian daripada polisi Dasar Pemakanan Kebangsaan 2.0 untuk mengatasi ketidakseimbangan pemakanan di kalangan kanak-kanak.

“Terima kasih diucapkan kepada Dutch Lady yang telah menaja hadiah Hari Potensi KEMAS tempoh hari. Fasa kedua iaitu pada hari ini Flag-Off program sumbangan produk susu Dutch Lady Milk Industries Berhad secara percuma kepada 43 buah Tabika/Taska KEMAS Wilayah persekutuan dan fasa ketiga memberi potongan harga yang istimewa kepada anggota KEMAS dan anak-anak KEMAS yang membeli susu Dutch Lady.

“Semoga program seperti ini dapat diteruskan oleh pihak Dutch Lady bersama KEMAS bagi memastikan kerjasama pintar ini akan memberi manafaat kepada kanak-kanak TABIKA/TASKA KEMAS mendapat makanan yang seimbang dan betul. Program seperti ini bolehlah di lebarkan ke kawasan luar bandar khususnya di Daerah Kuala Lipis dan Daerah Padang Terap,” jelas Abdul Rahman.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini dan kepada mereka yang sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dalam membela rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat