KPLB bagi pilihan kontraktor bina PPRT kaedah IBS atau konvensional

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyokong usaha agensi pusat untuk melaksanakan semula insentif kaedah Industrialised Building Sysyem (IBS) sedia ada untuk menggalakkan pemaju menggunakan teknologi itu bagi mengawal kos dan meningkatkan kecekapan dalam pembinaan terutama bagi projek berskala kecil.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sejak 2019 sehingga 2021 sebanyak 1,918 (50.3 peratus) unit rumah bina baru (BB) dalam Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) telah dibangunkan secara kaedah IBS berbanding dengan jumlah keseluruhan iaitu 3,833 unit.

“Pelaksanaan PPRT bagi projek bina baru secara kaedah IBS telah dimulakan sejak 2019 bertujuan menjimatkan kos dan mengurangkan tempoh masa pembinaan rumah.

“Ini juga bagi menyahut saranan kerajaan yang mengalakkan peningkatan industri pembinaan dengan memberi tumpuan kepada penggunaan IBS,” ujarnya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Katanya, ia selaras dengan hala tuju ke arah mencapai status negara maju serta pembinaan yang lestari.

“Buat masa ini KPLB memberi pilihan kepada kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek secara konvensional atau IBS,” jelas Mahdzir.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab memelihara kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera.

“PPRT merupakan usaha kerajaan bagi membolehkan rakyat mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa khususnya kepada kumpulan sasar golongan miskin dan miskin tegar dikawasan luar bandar.

“PPRT dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada masa ini melibatkan dua skop bantuan iaitu baik pulih dan bina baru rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar di luar bandar.

“Bagi pembinaan PPRT tahun 2022,KPLB telah meluluskan peruntukan sebanyak RM361.1 juta melibatkan 2,400 unit PPRT Bina Baru(BB) dan 11,450 unit PPRT Baik Pulih (BP),” kata Mahdzir.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang menyatakan apakah dasar kerajaan untuk membangunkan PPRT menggunakan kaedaH IBS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat