Pemimpin Republikan Ucap Tahniah Kepada Biden

- Advertisement -

WASHINGTON: Ketua Ahli Senat Republikan, Mitch McConnell mengucapkan tahniah kepada Joe Biden atas kemenangannya sebagai Presiden.

Ucapan tahniah itu sekali gus memberi tamparan kepada Donald Trump yang masih menaruh harapan untuk mengubah keputusan pilihan raya Presiden pada 3 November lalu.

“Keputusan pilihan raya sudah mengesahkan. Maka hari ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada presiden yang dipilih Joe Biden,” kata senator dari Kentucky dalam ucapannya di Dewan Senat, hari ini.

McConnell juga mengucapkan tahniah kepada Senator California, Kamala Harris atas pemilihannya sebagai Naib Presiden.

“Sesuatu di luar jangkauan, kita rakyat Amerika boleh berbangga negara kita mempunyai Naib Presiden wanita buat julung kali,” katanya.

Undian elektoral dari seluruh negara pada Isnin memberikan 306 undi kepada Biden dan 232 kepada Trump, yang enggan mengakui keputusan pilihan raya Presiden pada 3 November dan mendakwa ia dipengaruhi banyak penipuan.

Ramai Ahli Senat Republikan belum mengiktiraf kemenangan Biden, tetapi kenyataan McConnell menjadi isyarat jelas kepada Rumah Putih yang usaha untuk mencabar keputusan pilihan raya hanya sia-sia. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat