Anwar dipercayai kemudi persaingan demokrasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PKR Selangor meletakkan seluruh kepercayaan dan keyakinan kepada Presiden mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemudi persaingan di arena demokrasi negara.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyeru seluruh pendukung PKR dan Pakatan Harapan (PH) untuk kekal bersemangat, memperkemaskan tekad serta istiqamah menyusun kekuatan menghadapi persaingan politik di arena demokrasi negara.

“Sewajarnya iltizam Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi teladan kepada kita semua untuk terus menggembleng usaha dan buah fikiran bagi memperkuatkan ketumbukan pro-Demokrasi yang merangkumi parti-parti politik dan segenap pertubuhan masyarakat madani.

“Saya yakin kepimpinan Anwar selaku Presiden PKR, pemimpin PH dan Ketua Pembangkang mampu menerajui kekuatan demokratik ini bagi mencapai kejayaan menerapkan agenda reformasi,” ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor menyatakan, berdepan ketidaktentuan politik semasa serta kesan melarat pandemik Covid-19 ketumbukan kita tidak boleh sama sekali terganggu daripada ikhtiar untuk membela nasib rakyat.

“Justeru, jangan sesekali kita mengeluh dan jangan abaikan matlamat perjuangan bersama.

“Pertingkatkan usaha demi agenda reformasi,” seru beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat