Agong Perkenan Darurat Di Gerik Dan Bugaya – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA:Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah memperkenankan untuk mengisytiharkan daruragt bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.054) Gerik, di Perak dan Bahagian Pilihan Raya Negeri (N.66) Bugaya, di Sabah.

Menurut kenyataan media YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau telah menyembah maklum akan nasihat Jemaah Menteri kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Baginda mengistiharkan darurat bagi kedua-dua bahagian tersebut.

“Seri Paduka Baginda telah berkenan untuk mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua PRK tersebut setelahg Seri Paduka Baginda  berpuas hari bahawa adanya keperluan Pengistiharan Prolakmasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembangan Persekutuan bagi memasyhurkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2020 SN Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.3) 2020 di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembangaan Persekutuan yang membolehkan Pilihan Raya (PRK) bagi (P.054) dan (N.66) Bugaya yang telah dijadualkan pada 16 Januari 2021 dibatalkan dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak,” kata kenyataan tersebut.

Jelas kenyataan itu lagi, Jemaah Menteri pada 4 Disember 2020 telah membincangkan secara terperinci akan kesan PRK Grik dan Bugaya jika diadakan pada masa Pandemik Covid-19 masih menular di negara ini.

“Mengambil iktibar penularan Covid-19 susulan Pilihan Raya Negeri Sabah sebelum ini, Jemaah Menteri berpandangan kedua-dua PRK ini perlu dielakkan atas faktor ancaman kesihatan awam, ancaman ke atas kehidupan ekonomi dan ancaman ketenteraman awam’. katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat