Penghantar Barang Kecewa Gagal Hantar Bungkusan Kepada ‘Power Ranger’

- Advertisement -

JAKARTA – Seorang penghantar barang memuat naik video kekecewaannya terhadap bungkusan yang perlu dihantar setelah mendapati nama penerima adalah ‘Power Ranger’, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Satu video yang dimuat naik oleh penghantar barang tersebut di akaun TikToknya dengan nama @Jawad.hilman itu menarik perhatian netizen.

Menerusi video yang tular itu, lelaki tersebut berada di jalan kampung dipenuhi pokok yang kelihatan seperti hutan sambil duduk di atas motosikalnya.

Dia yang memakai baju hujan dan bertopi keledar putih itu merakamkan video dengan memegang sebuah bungkusan kecil beserta riak wajah yang kesal.

“Bagi korang yang suka order online shop, kalau tulis tu nama biar betul, bila nama Power Ranger, nombor telefon kurang satu digit, tanya makcik-makcik pun ditertawakan,” kata lelaki dalam klip video itu sambil terus memegang bungkusan.

Wajahnya sangat jengkel, manakala pada akhir rakaman tersebut, dia mencampakkan bungkusan itu.

Dia mengaku pernah bertanyakan alamat penerima kepada beberapa penduduk, namun mereka hanya mentertawakannya.

Klip video itu mendapat 904,000 tanda suka dan 13.9 ribu komen. – Agensi

@jwdhlmn #kangpaket ♬ suara asli – Jawad.hilman

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat