Pekerja Asing Dua Sektor Diwajibkan Jalani Ujian Saringan Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan mewajibkan semula ujian saringan Covid-19 terhadap pekerja warga asing di sektor pengawal keselamatan dan tapak pembinaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerajaan sudah mewajibkan ujian saringan berkenaan terhadap dua sektor pekerjaan itu.

“Kita dah putuskan pada waktu itu dan ianya sudah dilakukan. Hari ini kerajaan mewajibkan semula pekerja di dua sektor itu untuk membuat saringan semula.

“Kerajaan juga akan memperketatkan lagi tindakan penguatkuasaan dan juga prosedur operasi standar (SOP) di kawasan sektor pekerjaan berkenaan,” katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pihaknya juga meminta Kementerian Sumber Manusia untuk membentangkan cadangan terperinci bagaimana kaedah yang sesuai bagi mengawal penularan jangkitan membabitkan pekerja warga asing.

“Mesyuarat teknikal juga berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia supaya melihat bukan sahaja pengawal keselamatan atau tapak pembinaan malah keseluruhan industri untuk melakukan ujian saringan.

“Seramai 1.7 juta jumlah pekerja asing di negara ini, dengan jumlah begitu ramai kalau kita nak buat ujian swab, kita perlu tengok keupayaan makmal, siapa yang perlu bayar dan sebagainya.

“Jadi kita akan tunggu pembentangan secara terperinci oleh Kementerian Sumber manusia,” katanya.

Terdahulu, tular gambar di media sosial berhubung warga asing yang memakai gelang kuarantin masih bekerja di tapak pembinaan.

Ia susulan jangkitan tinggi direkodkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam dengan mencatatkan 432 kes bagi Kluster Damanlela iaitu kluster tapak pembinaan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat