Malaysia letak harapan tinggi terhadap pengeluar vaksin COVID-19 – Dr Adham

Pendakwah Selebriti Guna Gelaran Da’i Perangkap Mangsa Seksual – Polis

KUALA LUMPUR - Seorang selebriti televisyen muda yang ditahan kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan kecederaan pada mangsa dipercayai menggunakan pengaruhnya sebagai pendakwah...

Warisan Gesa Tukar Ketua Pembangkang, Tak Puas Hati Kepimpinan Anwar

KUALA LUMPUR - Tiba masanya blok pembangkang di Dewan Rakyat mencari individu baharu bagi mengetuai blok tersebut untuk menjadi lebih kuat. Ketua Whip Parti Warisan...

Bursa Malaysia Melonjak 39.55 Mata Hari Ini

KUALA LUMPUR - Saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Selasa seiring pasaran serantau yang positif berikutan sentimen itu didorong oleh data China yang...

1,552 Pesakit Covid-19 Pulih, 1,467 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini kekal empat angka selepas melaporkan sebanyak 1,472 kes dengan kes tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 891. Angka kes...

Johor Catat 68 Kes Baru Covid-19

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan 68 kes baharu Covid-19 hari ini sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi untuk minggu ini. Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, daerah Batu...

KUALA LUMPUR: Malaysia meletakkan harapan tinggi terhadap pengeluar-pengeluar vaksin untuk memperoleh vaksin COVID-19 yang dijangka boleh digunakan seawal suku pertama tahun depan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata berdasarkan laporan terkini, terdapat 10 calon syarikat terkemuka pengeluar vaksin telahpun melepasi ujian klinikal fasa ketiga dalam membangunkan vaksin COVID-19.

“Seperti kita diberitahu, Pfizer Inc BioNTech SE didakwa mempunyai keberkesanan 90 peratus. Ini satu perkembangan yang sihat dan baik. Kita yakin banyak lagi ‘leading candidates’ dalam dunia seperti Gamaleya Research Institute yang mengeluarkan vaksin juga telah melepasi (ujian klinikal) fasa ketiga yang boleh kita lihat sebagai peluang untuk kita berikan pelalian atau vaksin kepada rakyat kita.

“Bagaimanapun, vaksin dari China masih belum dapat kita ketahui hasil (ujian klinikal) fasa ketiga vaksin mereka…kita masih belum selesai berunding,” katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Namun, Datuk Seri Dr Adham berkata perolehan vaksin COVID-19 di negara ini bergantung kepada penelitian terperinci terhadap kualiti, keselamatan, implikasi dan pendaftaran yang dilaksanakan di negara tersebut untuk vaksin yang dikeluarkan.

Sementara itu, menjawab sama ada bekas pesakit COVID-19 boleh dijangkiti semula virus itu, Dr Adham berkata peluang adalah rendah berbanding mereka yang tidak pernah dijangkiti.

Beliau berkata kadar penyembuhan COVID-19 turut menunjukkan peningkatan dengan 73 peratus direkodkan semalam berbanding 65 peratus pada dua minggu lepas, sekali gus membuktikan protokol dan rejim rawatan yang dilaksanakan di hospital serta pusat rawatan di negara ini bertepatan dengan pendekatan kesihatan awam.

Mengulas mengenai peningkatan kes baharu positif COVID-19 di Lembah Klang, beliau berkata peningkatan kes itu adalah berkaitan dengan kluster tempat kerja dan tapak pembinaan dengan tahap kebolehjangkitan di kawasan tersebut adalah tinggi kerana ada pergerakan selain kurang pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).

“Dengan adanya peningkatan kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ini menunjukkan bahawa kita perlu lebih memperketatkan tindakan dan pematuhan, penguatkuasaan serta pemantauan. Hendaklah kita meneruskan langkah-langkah pencegahan dan kawalan, teruskan pematuhan SOP dan pembudayaan norma baharu.

“Ini tanggungjawab semua, tidak kira siapa. Bagi kluster tempat kerja, tanggungjawab pekerja dan majikan yang paling penting. Untuk itu majikan berperanan penting memastikan anak buah mereka atau pekerja mereka sentiasa dilindungi,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

1,552 Pesakit Covid-19 Pulih, 1,467 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini kekal empat angka selepas melaporkan sebanyak 1,472 kes dengan kes tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 891. Angka kes...

Johor Catat 68 Kes Baru Covid-19

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan 68 kes baharu Covid-19 hari ini sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi untuk minggu ini. Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, daerah Batu...

Untuk Menang PRU15, UMNO dan PAS Perlu Sertakan Bersatu – Timb Mursyidul Am PAS

CYBERJAYA - Gabungan parti Melayu tidak seharusnya hanya UMNO dan Pas sebaliknya ia perlu melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Timbalan Mursyidul Am...