ADUN Meru keluar Amanah, masuk PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ADUN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar membuat keputusan meninggalkan Amanah dan memilih menyertai PKR.

Pengesahan keluar parti itu disahkan oleh Setiausaha Amanah Selangor, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim dalam satu kenyataan hari ini.

“Amanah Negeri Selangor ingin memaklumkan bahawa Mohd Fakhrulrazi, Adun Meru telah keluar dari parti Amanah untuk menyertai PKR.

“Oleh itu, semua jawatan parti yang disandang oleh beliau terbatal serta merta.

“Amanah Selangor mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau selama ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu sekali gus menamatkan spekulasi keluar parti membabitkan Mohd Fakhrulrazi yang bertiup semalam.

Semalam, memetik laporan media sumber dari Amanah menafikan khabar angin itu dengan mendakwa Mohd Fakhrulrazi “belum” keluar parti secara rasmi, dan bahawa PH mempunyai persefahaman bersama untuk tidak menarik ahli daripada “parti rakan”.

Fakrulrazi, lahir pada tahun 1978, disabitkan dan didenda RM1,800 pada tahun 2016 kerana mengucapkan kata-kata hasutan semasa perhimpunan #KitaLawan pada tahun 2015.

Sebelum bergabung dengan Amanah pada akhir tahun 2015, beliau adalah bendahari Pemuda PAS.

Amanah memenangi sembilan kerusi di dewan perundangan Selangor semasa pilihan raya 2018.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat