Zahid janji Ismail Sabri tetap calon Perdana Menteri Barisan Nasional

- Advertisement -

BAGAN DATUK – Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan UMNO akan  mencalonkan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Ahmad Zahid keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun Ahmad Zahid turut menyatakan  kuasa melantik perdana menteri masih tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pemimpin pembangkang bahawa beliau akan diangkat sebagai perdana menteri jika BN memenangi PRU15.

Beberapa UMNO bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan pada Sabtu dan Ahad turut mengemukakan usul agar Ismail Sabri dicalonkan sebagai perdana menteri jika BN menang pada PRU15.

Pada 14 April lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri menjadi calon perdana menteri pada PRU15.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini pada Ahad.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat