Pernah dikecam gemuk, Faizdickie nekad kurus

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Ikon media sosial, Faizdickie kini tampil dengan penampilan baharu selepas hampir empat bulan menghilangkan diri di laman sosial Instagram miliknya.

Faizdickie berkata, kritikan dan kutukan terhadap fizikalnya  yang gemuk sebelum ini  memaksa dia untuk melakukan perubahan yang lebih baik pada diri.

“Kutukan dan hinaan daripada entah siapa-siapa fasal saiz badan dan fizikal buatkan saya begitu tertekan. Walaupun ada 10,000 komen yang murni, tapi bila terbaca satu komen kejam seperti ‘gemuk macam b***’ amat berbekas di hati saya.

“Tapi daripada saya berterusan begini, saya nekad untuk lakukan perubahan. Keluarga dan teman rapat juga tak henti-henti beri sokongan.

“Alhamdulillah dalam tempoh empat bulan, berat badan turun dan kini hanya 79 kilogram (kg) berbanding 105 kg sebelum ini. Apabila berat saya makin turun, saiz badan makin kecil, saya pun kini lebih yakin dan gembira,” katanya menerusi perkongsian satu hantaran di Instagram.

Menurut Faiz lagi, dia tidak pernah terfikir untuk menurunkan berat badan, namun keputusan itu dibuat bagi merawat kesihatan mentalnya sendiri.

” Bila sebut fasal kesihatan mental, anda akan pikir yang teruk-teruk je macam gila lah, nak bunuh diri lah, depresi lah, tapi kesihatan mental juga merangkumi perkara yang kita tak nampak.

“Macam kes saya, Alhamdulillah bukanlah hingga tahap mengalami tekanan yang teruk, tapi tidak dinafikan kadangkala saya memilih menjauhkan diri daripada masyarakat, rasa tidak selamat dan hilang keyakinan diri.

“Apa yang berlaku selama ini juga membuktikan kesihatan mental saya tidak berada dalam keadaan baik menyebabkan saya perlu cari solusi untuk gembira,” katanya.

Hatian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat