Nicki Minaj dapat anak lelaki

- Advertisement -

Los Angeles: Dua minggu selepas selamat bersalin, penyanyi rap, Nicki Minaj sedia berkongsi jantina anaknya di Instagram iaitu bayi lelaki.

Dalam hantaran itu, Nicki turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan selebriti yang mengirim ucapan atas kelahiran cahaya matanya pada 30 September lalu.

“Terima kasih kepada Queen B, Kim dan Ye, Riccardo Tisci, Winnie, Carol dan semua yang mengirimkan ucapan. Ia sangat bermakna buat saya.

“Saya sangat bersyukur dan sayangkan anak lelaki saya. Sangat sayangkannya. Budak lelaki kegemaran saya di dunia,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Nicki turut berkongsi foto kad-kad ucapan yang diterimanya.

Bayi lelaki yang belum diberi nama itu adalah cahaya mata pertama hasil perkahwinan Nicki dengan suami, Kenneth Petty. Pasangan ini berkahwin pada Oktober tahun lalu .

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat