Parti STAR Tidak Akan Bertanding PRK Batu Sapi – Jeffrey Kitingan

- Advertisement -

KOTA KINABALU : Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jefrrey Kitingan, mengesahkan partinya tidak akan bertanding  pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi yang akan diadakan pada 05 Disember depan.

Ianya susulan penularan pandemuk Covid-19 dan peningkatan kes positif yang semakin serius di negeri itu.

“Jika kita lihat penularan pandemik Covid-19 dan peningkatan kes semakin serius, STAR bertanggungjawab untuk melindungi para ahlinya dari dijangkiti virus tersebut,

“Walaubagaimanapun, mereka berhak untuk pergi mengundi pada hari pengundian nanti,” jelasnya beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah II.

Sebelum itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 23 November 2020 (Isnin), hari mengundi awal 1 Disember 2020 (Selasa) dan hari mengundi pada 05 Disember 2020 (Sabtu).”

Parlimen  P.185 Batu Sapi diadakan kerana penyandangnya, Mendiang YB Datuk Liew Vui Keong, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) meninggal dunia pada 2 Oktober lepas.

Barisan Nasional (BN) juga telah membuat keputusan untuk tidak bertanding pada PRK Batu Sapi pada kali ini, perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada minggu lepas.

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat