Mungkin jenama lain akan ikut jejak Apple

Tambang Bas Awam Percuma Di Putrajaya -Annuar Musa

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, mengumumkan tambang bas awam di Putrajaya adalah percuma. " Mulai 1 November 2020 tambah bas awam di...

“Nasionalisme Vaksin” Mungkin Akan Berlaku -WHO

BERLIN: Pemimpin Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menuntut solidariti global bagi menghadapi sebarang kemungkinan terhadap pengagihan vaksin COVID-19 ketika peningkatan kes terus berlaku di seluruh...

Karikatur Hina Nabi: Negara Islam Mula Boikot Produk Perancis

KOPERASI runcit Kuwait telah mula menarik keluar produk Perancis sebagai tanda boikot ke atas negara itu berikutan kontroversi kartun Nabi Muhammad di sebuah kelas...

Presiden PAS, MIC adakan pertemuan dengan Muhyiddin

Putrajaya – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tan Sri...

Bergerak Secara “ZigZag”, Kapal Tangki Ini Diserbu Pasukan Bersenjata Tentera

ANGKATAN bersenjata Britain menaiki secara paksa dan mendapatkan kembali kawalan ke atas sebuah kapal tangki minyak di Selat Inggeris pada petang Ahad berikutan laporan...

Kuala Lumpur: Umum sudah mengetahui bahawa ketika pelancaran peranti ikonik milik Apple iaitu iPhone 12 tidak menyertakan palam kuasa termasuk fon telinga sebaliknya hanya kabel jenis USB-C kepada Lightning.

Langkah itu sejajar dengan misi syarikat gergasi berkenaan yang mahu menghasilkan peranti lebih ‘mesra hijau’ serta komitmen Apple kepada peranti lebih mesra kepada alam sekitar.

Apple tidak lagi menyertakan palam kuasa dan fon telinga daripada pek iPhone mereka dan langkah itu dibuat untuk mengurangkan kadar pengeluaran karbon.

Ketiadaan dua aksesori itu sekali gus mengurangkan saiz kotak untuk pek baharu iPhone dan langkah berkenaan dikatakan menjimatkan lebih 2 juta tan metrik pengeluaran karbon secara tahunan.

Jumlah itu sama dengan mengurangkan sebanyak 450,000 kereta di atas jalan raya setahun dan persoalan besar adalah pengeluar peranti pintar lain mungkin akan mengikut jejak langkah Apple.

Sebelum ini, wujud khabar angin bahawa Samsung tidak akan menyertakan palam kuasa untuk peranti akan datang mereka kerana ia bukan saja menjimatkan bahan serta pengeluaran karbon, malah mengurangkan kos pengeluaran.

Apple sememangnya dilihat sebagai ‘pembuat dasar baharu’ untuk industri peranti pintar memandangkan syarikat itu juga yang mula-mula memperkenalkan telefon bertakuk di bahagian atas sebelum menjadi ‘trend’ dan diikuti oleh jenama lain.

Maka, tidak hairan tidak lama lagi kebanyakan pengeluar telefon pintar akan mengikut jejak langkah Apple dalam aspek berkenaan.

Secara pandang pertama, ia mungkin menyulitkan pengguna kerana memerlukan pembelian berasingan bagi pengguna baharu dan untuk pengguna sedia ada, mereka boleh menggunakan palam kuasa sebelum ini.

Namun, jika dilihat secara saintifik dan berfakta, langkah berkenaan mempunyai kebaikan jangka panjang termasuk menjimatkan elemen unik bumi.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

OnePlus 8T Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula Daripada RM2,699

Berjaya menarik perhatian ramai beberapa tahun lalu dengan tagline Never Settle, jenama ini terus berkembang serta mengumpul lebih ramai peminat. Pada kali ini, jenama...

Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate

Peminat Minions, kami ada berita baik untuk anda. Jika anda nak tahu, Walls Paddle Pop baru-baru ini telah melancarkan perisa ais krim terbaru mereka iaitu...

FFJ2020 tunda tahun depan

FESTIVAL Filem Jepun 2020 (FFJ2020) yang dijadualkan berlangsung November ini ditunda ke Januari tahun depan dan akan dikenali sebagai JFF 2020 Plus One. Penganjur, Japan...