PM Ucap Selamat Hari ATM ke-89, Kebajikan Warga ATM Akan Sentiasa Terjamin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terjamin sebagai menghargai khidmat dan bakti mereka, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sempena Hari ATM ke-89 yang disambut hari ini, perdana menteri menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ATM yang sentiasa bersedia berkorban demi keselamatan Keluarga Malaysia dan kedaulatan tanah air tercinta.

Baginya, pengorbanan para perwira negara ini yang mempertaruhkan nyawa demi bangsa dan negara adalah begitu besar.

“Selamat Menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-89 kepada seluruh warga ATM,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya.

Hari ATM disambut setiap 16 Sept dengan pemilihan tema tahun ini ‘Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama’ yang membawa erti pentingnya kerjasama antara ATM dan rakyat dalam memikul amanah secara bersama dalam usaha mengekalkan kesejahteraan dan keselamatan negara. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat