62 Jangkitan Covid-19 Hari Ini Termasuk 59 Kes Di Sabah – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 62 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara mencatat lima angka iaitu sebanyak 10,031.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 59 kes dilaporkan di Sabah membabitkan 48 kes di Kluster Benteng LD dan 11 kes penularan tempatan lain termasuk satu di Kluster Pulau.

“Selain itu, satu kes penularan tempatan juga dikesan di Kedah dalam Kluster Sungai yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

“Di Pulau Pinang, satu kes positif dikesan hasil saringan kontak rapat kepada kes ke-9,397 dan kes ke-9,459. Mangsa merupakan ahli keluarga kepada kedua-dua kes berkenaan dan mereka didapati duduk serumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, Kluster Sala di Kedah menjadi kluster ke-98 ditamatkan semalam selepas pemantauan dan pengawasan untuk tempoh 28 hari.

“Kluster tersebut melaporkan 11 kes positif Covid-19 serta tiada kematian direkodkan,” katanya. -Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat