Menangkan GRS, Rakyat Dapat Banyak Manfaat

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Menubuhkan Majlis Petroleum Sabah dan dana Petrosabah bagi memelihara kepentingan generasi akan datang antara kandungan utama dalam Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekiranya berjaya menumbangkan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada 26 September ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, GRS sedia mengubah struktur, cara dan organisasi parti kerana bersungguh-sungguh memberikan tawaran-tawaran baru kepada rakyat Sabah.

Hal ini menurut Bung, sekiranya parti tidak berubah rakyat akan mengubah kita.

Antara kandungan lain Aku Janji GRS ialah memelihara dan terus memperjuangkan hak-hak negeri Sabah berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963 dan membentuk jawatankuasa khas Dewan Undangan Negeri (DUN) berkaitan hak Sabah.

Selain itu, turut menjanjikan kepimpinan yang bersih, berintegriti dan cekap, amanah dan mendahulukan rakyat serta membina keyakinan rakyat terhadap integriti penjawat awam Sabah.

Juga, wawasan kemakmuran bersama 2030 sebagai tunjang.

“Memastikan negeri Sabah diberi tumpuan dalam usaha mengecilkan jurang pembangunan antara wilayah.

“Menjana ekonomi bernilai tinggi dengan mengambil kira Revolusi Industri 4.0 serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan Revolusi Industri 4.0.

Agenda lain ialah, perpaduan rakyat Sabah menerusi langkah memperhebatkan usaha memupuk perpaduan dan integrasi sosial antara masyarakat Sabah merentasi agama, kaum dan budaya.

“Memastikan kebebasan beragama berasaskan Perlembagaan Negara dipertahankan.

“Memupuk semangat integrasi nasional berpandukan Rukun Negara.

Tawaran ini adalah holistik dan inklusif melibatkan kerjasama erat bersama kerajaan Persekutuan bagi memastikan setiap inisiatif ditawarkan dapat dilaksanakan.

Sementara itu, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, Aku Janji ini tidak mempunyai tempoh masa tetapi ia akan dilaksanakan selagi parti diberikan mandat mentadbir negeri Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat