Cadangan MIROS Daftar, Lesenkan Basikal Bukan Dasar Kerajaan – Dr Wee Ka Siong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya setiap basikal di negara ini didaftarkan dan dilesenkan nombor plat seperti kenderaan bermotor tidak pernah dibincangkan di peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, cadangan itu juga tidak pernah dibangkitkan kepada beliau sebelum ini.

Dengan itu tegasnya, sebarang kenyataan yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu tidak menjadi satu dasar kerajaan sehinggalah ianya melalui pelbagai proses dan mendapat kelulusan menteri.

Tambahnya, masih banyak faktor yang perlu diteliti dan diberi pertimbangan oleh kementerian untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya termasuk pejalan kaki.

“Agensi-agensi di bawah MOT perlu membuat kajian menyeluruh atau cadangan untuk analisis dan pertimbangan pengurusan kanan MOT termasuk Pejabat Menteri sebelum proses dimulakan bagi melaksanakan apa-apa dasar di bawah bidang kuasa MOT.

“Semua pengumuman polisi pramatang adalah dilarang tanpa persetujuan Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ka Siong, MOT melalui Jabatan Pengangkutan Jalan akan terus mempromosikan program keselamatan dengan penggemar sukan berbasikal dan persatuan-persatuan berkaitan secara langsung.

Dari segi keselamatan penunggang basikal, MOT melalui JPJ terus mempromosikan program advokasi keselamatan dengan penggemar sukan berbasikal dan persatuan-persatuan yang berkaitan secara berterusan, begitu juga dengan semua pengguna jalan raya lain.

Program berkaitan keselamatan ini juga akan dibincangkan dan dikemas kini semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Jalan Raya yang akan diadakan pada bulan ini.- MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat