Polis Siasat Akaun TikTok Sebar Maklumat Tidak Sahih Kes Zara Qairina

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sebuah akaun TikTok yang disyaki memuat naik kandungan tidak tepat dan sahih berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri M. Kumar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ia melibatkan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian serta kandungan yang mempunyai kecenderungan menghasut kebencian terhadap mana-mana pihak, selain boleh menyebabkan kegusaran awam.

“Penyebaran maklumat tidak sahih juga boleh menjejaskan kelancaran serta keberkesanan proses siasatan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kes tersebut kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah pada 4 pagi, 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada keesokannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat