Ketidakpatuhan SOP Kes Zara Qairina: Tiga Pegawai Polis Akan Dirakam Keterangan

CYBERJAYA – Sepasukan pegawai dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dijangka berangkat ke Sabah dalam masa terdekat bagi merakam keterangan tiga pegawai kanan polis berhubung siasatan awal kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, memetik Bernama.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchai, berkata JIPS telah membuka Kertas Siasatan Tatatertib (KST) terhadap tiga pegawai tersebut iaitu: Ketua Polis Daerah berpangkat Superintenden, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah berpangkat Asisten Superintenden (ASP), Pegawai penyiasat berpangkat Inspektor.

Mereka disyaki melakukan ketidakpatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa menjalankan siasatan awal kes berkenaan.

“Pegawai JIPS Bukit Aman akan ke Sabah dalam tempoh satu atau dua hari lagi untuk mengambil keterangan ketiga-tiga pegawai ini. Siasatan melibatkan isu ketidakpatuhan SOP dalam siasatan kes Zara Qairina dan juga aspek penyeliaan terhadap pegawai penyiasat,” katanya.

Beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil sekiranya terbukti wujud pelanggaran SOP. Buat masa ini, ketiga-tiga pegawai tersebut masih bertugas seperti biasa.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar, mendedahkan dapatan awal Pasukan Petugas Khas menunjukkan terdapat unsur ketidakpatuhan SOP oleh pegawai penyiasat.

Untuk rekod, Zara Qairina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar, pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu. Mangsa disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Baca Juga
Polis Siasat Akaun TikTok Sebar Maklumat Tidak Sahih Kes Zara Qairina
Inkues Zara Qairina mesti telus, keluarga wajar diberi hak terlibat – Saifuddin Abdullah
Siasatan kes Zara menjurus kepada buli sebelum kematian – JSJ

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat