UMNO Akan Terus Perkasakan Felda -Hishammuddin

- Advertisement -

Slim: UMNO akan terus memperkasakan Felda demi kesejahteraan para penerokanya, jelas Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn.

“Sejurus Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan pada Mac lepas, Kita telah perbaiki kepincangan Felda yang  dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan, kata Hisham.

Antara usaha yang dibuat oleh kerajaan melalui Wisma Putra ialah kita mencari pasaran baru untuk minyak sawit. Dan kita telah perbaiki hubungan dengan negara India dan China, ujarnya.

“Hubungan dua hala Malaysia dengan China dan India kembali seperti sedia kala di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional, dan ini akan membantu Malaysia meningkatkan eksport minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit ke dua negara terbabit, jelas Hishammuddin dimajlis ramah mesra bersama pemimpin masyarakat dan warga Felda Trolak Selatan. Dewan Semai Bakti, Felda Trolak Selatan.

Hisham juga berharap para peneroka Felda di Slim memberi pertimbangan sewajarnya untuk memilih calon BN sebagai Adun Slim pada hari pengundian 29 Ogos nanti.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat