Penyertaan Bersatu Dalam MN Telah Dipersetujui Secara Prinsip

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

KUALA LUMPUR: Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional telah disepakati secara prinsip, demikian menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, sehubungan itu jawatankuasa pemandu Muafakat Nasional akan memperincikan draf piagam dan memorandum persefahaman (MoU) sedia ada antara PAS dan UMNO bagi menerima gabungan parti baharu itu.

“Proses perbincangan (pemurnian piagam dan MoU) antara semua pihak perlu dijalankan secara berperingkat. Yang penting, proses itu dilaksanakan secara semulajadi dan berperingkat dengan sesuatu keputusan (yang dibuat) biarlah semua pihak berpuas hati,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan lesen kepada beberapa penjaja di Batu Muda di sini.

Semalam, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan secara rasmi bahawa penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat dan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendukung Perikatan Nasional sebagai gabungan besar.

“Kita ada menawarkan Bersatu sertai Muafakat Nasional, hasrat itu dah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Presiden Bersatu,” kata Annuar yang juga Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional.

Mengulas lanjut, Annuar berkata gabungan sesuatu parti politik tidak mudah kerana pembentukan   Muafakat Nasional sendiri mengambil masa lebih setahun untuk mencapai persetujuan.

“Adalah normal sebagai sebuah parti politik yang berbeza-beza (ideologi). Kita kena tunjukkan kematangan dalam politik, (ambil) pendekatan yang mengelak situasi tak harmoni,” katanya.

Muafakat Nasional merupakan pakatan kerjasama antara PAS dan UMNO dengan pembentukannya bertujuan menyatukan orang Melayu selain membentuk teras politik yang stabil.

Mengulas lanjut, Annuar berkata keutamaan kerajaan kini adalah memulihkan kembali ekonomi sebagai tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

“Jadi tak usah lihat daripada sudut parti…rakyat dan negara perlukan kerajaan yang stabil dan pemulihan ekonom. Jadi apa yang pemimpin parti perlu buat ialah cari jalan ke arah kestabilan, itu yang akan kita lakukan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pertanyaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada Muafakat Nasional akan melantik Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusinya, Annuar menjawab ketiga-tiga parti di bawah muafakat itu meraikan kewujudan bersama serta tidak timbul soal perebutan jawatan pengerusi.

“Kita dah tidak pakai sistem politik lama, sekarang kita dah migrate (berhijrah) jauh ke depan menggunakan politik yang diistilahkan politik ta’awun (bantu-membantu) dan ta’yush (hormat-menghormati).

“Konsep Ta’awun iaitu daripada bergaduh kepada bekerjasama dan Ta’ayush iaitu hormati prinsip co-existence (kewujudan bersama),” katanya.

Beliau berkata fahaman falsafah politik Mukriz, yang juga Presiden Penaja (interim) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), ketinggalan 20 tahun kebelakang berbanding amalan politik baharu gabungan politik Muafakat Nasional.

“Kena tiru model Muafakat Nasional, bertoleransi, tiada masalah.  Tujuh kali pilihan raya kecil, calon semua dari BN, tiada lagi calon daripada PAS, tetapi PAS tetap bekerjasama dan itulah model baharu,” katanya menambah meskipun BN mempunyai kerusi paling banyak, namun perikatan itu tetap menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri dan ia selari dengan sistem politik model baharu.

“Kalau ikut model yang biasa, kena UMNO (jadi perdana menteri). Apabila tiba masanya, mungkin Bersatu akan beri pada UMNO semula untuk jadi Perdana Menteri,” katanya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...