PRK Slim: Calon BN Ada Kelebihan Untuk Menang

PRNSabah: Malam Penutup Kempen BN Di Lamag Meriah, Walaupun “Terganggu”

KINABATANGAN: Sekalipun kelancaran majlis ceramah terakhir BN untuk kempen pilihanraya negeri Sabah ke-16 di DUN Lamag sebentar tadi terganggu oleh masalah teknikal, ia tidak...

Anwar Tolak Parti Pejuang, Takkan Saya Nak Sokong Dia? – Mahathir

LANGKAWI - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan kerana pengumumannya itu boleh...

Penafian Ahli Parlimen UMNO Bukti Anwar Terdesak & Kemaruk Kuasa – Azmin

KOTA KINABALU - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menerima sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan adalah tindakan orang...

Ku Nan Menteri Industri Utama, Cuma Angan-angan Anwar

KOTA KINABALU- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan spekulasi dirinya bakal menjawat Menteri Industri Utama dalam Kabinet pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes. Ketua...

TANJUNG MALIM: Di atas kertas, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim Mohd Zaidi Aziz mempunyai peluang cerah mempertahankan kerusi Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berbanding dua lawannya.

Bagaimanapun, menurut penganalisis politik, jentera BN perlu memastikan setiap penyokong parti dan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam kebiasaan baharu ekoran wabak COVID-19.

Ketua Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Noor Azlan Hadi Yaacob berkata Mohd Zaidi perlu mengatur gerak kerja kempen yang bersesuaian supaya dapat menemui ramai pengundi seterusnya mengajak mereka keluar mengundi.

“Satu perkara penting adalah sejauh mana ahli parti akan keluar mengundi lebih-lebih lagi  ketika kebimbangan masyarakat terhadap COVID-19, selain kempen akan kurang rancak kerana prosedur operasi standard (SOP) kempen,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan sepanjang tempoh berkempen yang bermula hari ini, setiap calon perlu mematuhi beberapa peraturan termasuk penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, saringan suhu badan, penggunaan pensanitasi tangan, selain mengehadkan kehadiran tidak melebihi 250 orang bagi aktiviti ceramah.

Sementara bagi aktiviti ziarah rumah pengundi pula, calon atau wakil tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman dengan penghuni rumah serta calon digalakkan memaksimum kaedah kempen menggunakan medium dalam talian atau melalui saluran media sosial.

PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zaidi, 43, dan dua calon Bebas iaitu bekas guru, S. Santharasekaran, 44, dan peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum didaftar secara rasmi.

Mengulas lanjut, Noor Azlan berkata Mohd Zaidi juga mempunyai kelebihan kerana merupakan anak tempatan selain disokong jentera kempen yang teratur.

Menurutnya, Amir Kusyairi dilihat bergantung kepada pengaruh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan penubuhan parti Pejuang dalam mendapat sokongan pengundi.

“Latar belakang keluarga beliau juga sangat baik, ditambah dengan sokongan dan pengaruh Dr Mahathir, ini juga sebagai faktor yang akan menarik pengundi,” katanya.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib berpandangan, BN mampu menang dengan mudah berdasarkan kekuatan parti itu pada PRU14 lalu.

“Dalam melihat rekod di Slim, ini adalah kubu kuat BN dan mungkin BN boleh menang dengan mudah jika dibandingkan dengan Pejuang yang merupakan sebuah parti baharu, namun semuanya bergantung kepada pengundi sendiri,” katanya.

Kartini juga menyarankan supaya semua calon merangka strategi sesuai selari dengan saranan SPR sepanjang kempen untuk sama-sama mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi pada 15 Julai.

Allahyarham Mohd Khusairi memenangi DUN Slim semasa PRU11 pada 2004 dengan majoriti 4,875, PRU12 (majoriti 3,526), PRU13 (majoriti 3,853) dan PRU14 (majoriti 2,183).

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

PRNSabah: Malam Penutup Kempen BN Di Lamag Meriah, Walaupun “Terganggu”

KINABATANGAN: Sekalipun kelancaran majlis ceramah terakhir BN untuk kempen pilihanraya negeri Sabah ke-16 di DUN Lamag sebentar tadi terganggu oleh masalah teknikal, ia tidak...

Anwar Tolak Parti Pejuang, Takkan Saya Nak Sokong Dia? – Mahathir

LANGKAWI - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan kerana pengumumannya itu boleh...

Penafian Ahli Parlimen UMNO Bukti Anwar Terdesak & Kemaruk Kuasa – Azmin

KOTA KINABALU - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menerima sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan adalah tindakan orang...