Dortmund Tolak Tawaran Tambahan Chelsea

- Advertisement -

LONDON: Beberapa laporan menyebut cadangan Chelsea untuk menyertakan Callum Hudson Odoi dan Tammy Abraham sebagai tawaran tambahan bagi mendapatkan Erling Haaland ditolak Borussia Dortmund.

The Blues tertarik dengan pemain Norway berkenaan dan terdesak untuk mendapatkan penyerang muda berbakat itu pada musim ini.

Menurut Sky Germany, Chelsea menawarkan Abraham dan Hudson Odoi namun ditolak pasukan Bundesliga itu.

Dortmund dilaporkan hanya mahu menerima 150 juta pound (RM874 juta) untuk Haaland pada musim ini – walaupun klausa pelepasannya yang bernilai 65 juta pound (RM378) diaktifkan tahun depan.

Dortmund sudahpun mencapai persetujuan dengan Donyell Malen yang dilihat akan menjadi pengganti kepada Haaland ataupun mengisi tempat Jadon Sancho yang menyertai Manchester United.

Akhbar The Mirror juga mendakwa Chelsea menolak tawaran daripada beberapa pasukan yang berminat mendapatkan Abraham kerana mereka mahu menjadikan pemain itu sebagai ‘umpan’ bagi memancing Haaland.

Chelsea jelas mahu menandatangani penyerang baharu selepas aksi tidak konsisten Timo Werner pada musim lalu dan dikaitkan dengan beberapa penyerang seperti Harry Kane dan Romelu Lukaku.

Namun, Haaland dipercayai menjadi pilihan utama The Blues. -Agensi

– Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat