Tidak Perlu Ke Perancis, FamilyMart Perkenalkan Aiskrim Perisa ‘Creme Brulee’ Edisi Terhad

- Advertisement -

Sebut sahaja Perancis, pastinya anda sudah terbayang kota cinta Paris yang penuh dengan suasana romantik, bukan? Selain Fish & Chip, creme brulee merupakan antara makanan terkenal yang anda perlu cuba jika berkunjung ke sana.

Terbaharu, FamilyMart tampil perkenalkan aiskrim perisa creme brulee yang pastinya akan memikat selera anda. Gabungan rasa manis dan berlemak serta gula dibakar lalu cair dalam mulut akan membuatkan anda terliur hanya dengan memikirkan ia.

Difahamkan, aiskrim ini telah mula dijual sejak semalam dan hanya akan tersedia dalam waktu terhad sahaja. Rugi siapa yang tidak cuba waktu ini, nanti sudah tiada seperti perisa ‘sea salt’ baru nak cuba.

Buat anda yang ingin mencuba aiskrim perisa creme brulee ini, anda boleh beli di kesemua cawangan FamilyMart dan harganya cuma RM3.90 sahaja. Akan tetapi, harga sedikit berbeza di KLIA2 dan Genting. Tunggu apa lagi? Ayuh serbu FamilyMart terdekat untuk mencubanya hari ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat