Pulau Batu Puteh : Jangan Lupa Pengkhianatan Terbesar PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii menerusi laman Facebooknya berkata, Malaysia ketika dibawah pentadbiran kerajaan BN dahulu, tetap dengan pendirian mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh sebagai milik negara ini.

Isu perebutan ini kata beliau, turut melibatkan kerajaan Singapura dan diadili oleh Mahkamah Antarabangsa (ICJ), telah berlarutan bertahun lamanya.

Pulau Batu Puteh merupakan satu pulau yang sangat strategik bagi negara termasuk dua (2) buah pulau lain berhampiran iaitu Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Malaysia dan Singapura pada asalnya telah membawa pertikaian ini kepada ICJ dan pada 2008, mahkamah antarabangsa itu memutuskan Singapura berhak ke atas Pulau Batu Puteh.

Bagaimanapun, semasa era Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerajui kepimpinan negara, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah diarahkan untuk mengetuai pasukan pakar yang akan mengendalikan semakan semula penghakiman ICJ berhubung pemilikan Pulau Batu Puteh. Perkara ini dibuktikan dengan tindakan kerajaan Malaysia pada ketika itu memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan ICJ pada Februari 2017.

Begitupun, setelah Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa dalam PRU14, mereka telah membuat keputusan drastik untuk menamatkan kemelut perebutan pulau yang pada asalnya dimiliki negeri Johor ini, dengan tidak meneruskan tuntutan dan menyerahkan hak milik kepada Singapura.

Keputusan tersebut didakwa beliau telah mengecewakan banyak pihak di negara ini, kerana ianya melibatkan soal kedaulatan dan kepentingan negara.

Kekesalan rakyat hari ini menurut Razlan, dek kerana tindakan kerajaan PH sebelum ini menarik balik permohonan semakan semula itu, ia telah merugikan negara.

Jelas beliau lagi, “Mungkin tidak salah sekiranya kita mengandaikan ini merupakan satu bentuk pengkhianatan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sehingga ke hari ini, banyak pihak masih berteka teki dan tidak dapat memahami maksud di sebalik tindakan yang dibuat oleh kerajaan PH dan memberi Pulau Batu Puteh secara ‘percuma’ kepada negara jiran ini”.

Persoalannya sekarang kata Razlan, adakah tindakan PH ini tidak mengutamakan soal keselamatan dan kedaulatan negara? Atau adakah keputusan yang dibuat kerajaan PH dipengaruhi oleh DAP yang dilihat seperti mahu menjaga hubungan baik mereka dengan kerajaan Singapura yang dipimpin oleh PAP?

“Sudah tiba masanya kerajaan Perikatan Nasional mendedahkan dan membongkar segala perkara yang berkaitan dengan pengkhianatan PH kepada tanah air. Rakyat wajib ketahui sisi sebenar kontroversi ini”, kata Razlan.

Naib Ketua Pemuda Seputeh itu turut mendakwa, “Benar kata seorang Ulama sebelum PRU14, kita tak perlu masa yang lama untuk melihat PH merosakkan dan menghancurkan negara yang dibina dengan baik selama 60 tahun. Memadai dalam beberapa bulan sahaja, PH berjaya menjahanamkan negara sehingga kadar hutang negara kita meningkat, aset-aset negara dijual dan lebih buruk lagi Pulau Batu Puteh (kedaulatan negara) digadai begitu saja”.

Pautan asal kenyataan Razlan boleh dirujuk disini.

Penafian: Pandangan penulis diatas, tidak semestinya mewakili portal ini. Sekiranya wujud perbezaan maksud antara artikel ini dan pautan asal, maka maksud dalam pautan asal adalah terpakai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat