Tarikh Bicara Kes Rogol Adun Tronoh (DAP) 19 Okt Depan

Kesungguhan Kerajaan Untuk Rakyat

Kedudukan kerajaan yang tidak kukuh bukan sahaja menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan, rakan sekutu juga akan sentiasa menunggu peluang merebut kuasa. Justeru tidak hairanlah...

Hanya Libatkan Isu MB Perak, Sia-Sia Sahajalah Usaha Pemimpin PH – Dr Kamarul

Oleh: Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff Seperti ramai yang lain, saya juga terkejut dengan tindakan 24 ADUN Umno bekerjasama dengan 24 ADUN dari PH, iaitu...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.7 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR - Fitch Ratings menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 6.7 peratus tahun depan disokong pemulihan eksport barangan dan komoditi yang berterusan. Agensi penarafan antarabangsa dalam...

Lelaki Merajuk, Jalan Kaki 400 Kilometer Selepas Bertengkar Dengan isteri

MILAN – Seorang lelaki berjalan kaki sejauh 418 kilometer (km) dengan niat mahu menenangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya, lewat bulan lalu. Lelaki berusia 48...

PKPB Disambung atau Tidak, Bakal Diketahui Esok

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu). Pengumuman itu bakal dibuat...

IPOH, 16 Julai — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan tiga hari bermula 19 Okt depan untuk perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia, membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.

Hakim Azman Abu Hassan menetapkan tarikh tersebut selepas mendapat persetujuan pihak pendakwaan dan pembelaan semasa kes disebut semula di mahkamah, hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan negeri Perak, Azhar Mokhtar dan Timbalan Pendakwa Raya  Naidatul Athirah Azman manakala Yong, 50, diwakili peguam Datuk Rajpal Singh dan Farhan Sapian.

Terdahulu, Azhar memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan terlebih dahulu sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan pasukan pembelaan untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Menurut Azhar, mangsa atau saksi utama kes itu telah menunggu selama setahun selain ia turut mendapat perhatian, kedua-dua negara.

Berhubung rayuan pihak Yong untuk memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, Rajpal ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata penghakiman penuh di peringkat Mahkamah Persekutuan, masih belum bersedia.

“Rekodnya sudah siap, hanya keputusan penghakiman majoriti belum siap. Jadi masih menunggu keputusan penghakiman majoriti. Sebaik penghakiman majoriti ada, kita seharusnya dapat menetapkan tarikh perbicaraan di Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Rajpal berkata pasukan pembelaan menerima keputusan Mahkamah Sesyen yang menetapkan terlebih dahulu tarikh perbicaaran dan berharap rayuan di Mahkamah Persekutuan dapat diselesaikan sebelum 19 Okt depan.

“Sekiranya rayuan kami diterima, kes ini akan pindah ke Mahkamah Tinggi. Kalau tidak diterima, maka dibicarakan di sini (Mahkamah Sesyen),” katanya.

Pada 5 Dis 2019, Hakim Mahkamah Sesyen Norashima Khalid menetapkan tarikh perbicaraan Yong yang ketika itu Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, pada 10 hingga 14 Feb 2020.

Pada 23 Ogos 2019, Yong, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dakwaan merogol pembantu rumahnya, di kediaman miliknya di Meru Desa Park di antara 8.15 malam dengan 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.

Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Rayuan di Putrajaya menolak permohonan Yong untuk memindahkan perbicaraan kes rogolnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi sebelum pasukan pembelaan membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan pada keesokannya.

— BERNAMA

Foto: Internet

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Kesungguhan Kerajaan Untuk Rakyat

Kedudukan kerajaan yang tidak kukuh bukan sahaja menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan, rakan sekutu juga akan sentiasa menunggu peluang merebut kuasa. Justeru tidak hairanlah...

PKPB Disambung atau Tidak, Bakal Diketahui Esok

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu). Pengumuman itu bakal dibuat...

PAS tak sertai Kerajaan baharu Perak -SU Agung

CYBERJAYA: Parti Islam Semalaysia (PAS) telah membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu. Menurut Setiausaha Agungnya, Dato' Takiyuddin Hassan, keputusan...