Gabenor Oklahoma, Yang Juga Sekutu Trump, Disahkan Positif Covid-19

- Advertisement -

OKLAHOMA: Kevin Stitt, Gabenor Oklahoma yang secara agresif mendesak untuk membuka kembali ekonomi negerinya dan mencela cadangan pakar kesihatan, mengumumkan semalam bahawa dia adalah gabenor pertama di negara itu yang positif coronavirus.

Stitt, seorang Republikan (satu parti dengan Donald Trump), mengatakan pada sidang media itu bahawa dia diuji positif pada Selasa tapi menjelaskan dia berada dalam keadaan baik selain “sedikit sakit.” Dia mengatakan dia akan dikuarantin dan bekerja dari rumah, dan dia “sangat terkejut” kerana menjadi gabenor pertama yang mendapat virus tersebut. Dia menambahkan bahawa dia akan mengasingkan diri dari keluarganya, yang menurutnya telah diuji negatif.

“Saya ingin menggunakan kisah saya untuk mengingatkan penduduk Oklahoma, jika anda rasa tidak sihat, kami ingin anda diuji,” kata Stitt, yang menambah bahawa dia masih tidak akan menimbang untuk mewajibkan pemakaian topeng muka di seluruh Oklahoma sekarang – walaupun dia sendiri telah dijangkiti virus tersebut.

Diagnosis Stitt menjadi perhatian, kerana dia tidak hanya mendesak untuk membuka kembali negerinya secara agresif disebalik peningkatan kes, tetapi kadang-kadang mengabaikan nasihat dari pakar perubatan. Pada bulan Mac, dia berhadapan kritikan kerana menyiarkan gambar dia dan anak-anaknya sedang makan di restoran yang sesak, yang kemudiannya telah dipadamkan.

Bandar Tulsa telah mengalami lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini berikutan kempen Presiden Donald Trump di sana pada 20 Jun, di mana Stitt hadir tanpa penutup muka. Pada hari Rabu, gabenor meremehkan kemungkinan dia dijangkiti virus pada acara tersebut.

“Saya rasa ia tidak ada kaitan dengan perhimpunan Presiden. (Jangkitan ini) sudah terlalu lama,” kata Stitt – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat