PKR Perak Kurang Adab – Najib

- Advertisement -

IPOH – Meskipun jenazah Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abd Talib belum pun sempat dikebumikan, PKR Perak sudah mengumumkan kesediaan parti itu untuk bertanding pada PRK DUN Slim akan datang.

Malam tadi, PKR Perak menjadi parti terawal mempertimbangkan untuk meletak calon sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim diadakan.

Ia berikutan pemergian ADUN Slim, Mohd Khusairi akibat serangan jantung hari ini.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak membayangkan untuk meletakkan seorang calon anak tempatan di kerusi tersebut.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia petang tadi.

“PKR akan mempertahankan legasi Allahyarham dengan mencalonkan seseorang dari kawasan setempat,” katanya malam tadi.

Menurut Farhash Wafa Salvador, pihaknya akan meneruskan usaha dalam membela nasib rakyat sebagai pembangkang ketika waktu yang mencabar ini.

Tawaran PKR Perak itu mendapat kritikan keras oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tulis Najib di Facebook miliknya pagi ini berkata, pengumuman oleh PKR Perak itu langsung tidak menghormati Allahyarham Khusairi dan penduduk Slim.

“Jenazah pun belum dikebumikan. Tiada hormat langsung kepada arwah Dato’ Khusairi.

“Tiada hormat langsung kepada keluarga. Tiada hormat langsung kepada penduduk Slim.

“Kurang adab,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat