Annuar Musa Lancar Agenda Wilayah Prihatin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Inisiatif MYJob@Wilayah dibawah pelan Wilayah Prihatin yang dilancarkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa semalam, bertujuan menyediakan 500 peluang pekerjaan sementara kepada penduduk Wilayah Persekutuan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dibawah inisiatif ini, enam bidang pekerjaan ditawarkan iaitu perkhidmatan, pembinaan, penyelenggaraan, pembersihan, pembuatan dan pembungkusan.

Sempena Majlis Penyerahan Surat Tawaran disini semalam, seramai 141 orang telah dilantik sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) selama tempoh 1 tahun oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tempoh 1 tahun ini turut bergantung kepada keperluan jabatan dimana masing-masing diletakkan.

Kesemua mereka yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini, telah menjalani sesi temuduga pada 24 dan 25 Jun yang lepas di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB).

Bulan hadapan, seramai 83 orang lagi PSH yang mempunyai kelayakan diploma dan sarjana muda pula, akan memulakan perkhidmatan masing-masing dengan DBKL, jelas Annuar lagi.

Baki kekosongan jawatan dibawah inisiatif berkenaan akan diisi secara berperingkat dengan proses pengiklanan sedang berjalan bermula 8 Julai hingga 18 Julai ini.

Tambah beliau, “Bagi meringankan beban golongan miskin bandar dan yang jatuh miskin akibat pandemik ini, kementerian akan memperkenalkan empat lagi inisiatif tambahan Wilayah Cakna (Prihatin)”.

Selain MYJob@Wilayah, pelan Wilayah Prihatin turut merangkumi MYGrocer@Wilayah, MYSchoolBus@Wilayah, MYMedic@Wilayah dan MYFood@Wilayah – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat