Nik Omar Letak Jawatan Yang Dipertua Yadim

- Advertisement -

Putrajaya – Nik Omar Nik Abdul Aziz mengesahkan beliau melepaskan jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) semalam, ketika surat kepada kakitangan yayasan berhubung perkara itu tular di media sosial.

Peletakan jawatan itu berkuat kuasa semalam. Perkara itu dimaklumkannya menerusi e-mail dipercayai dihantar kepada kakitangan Yadim yang kemudiannya tular di media sosial.

Menerusi e-mail tersebut, Nik Omar memaklumkan bahawa semalam merupakan hari terakhirnya di Yadim.

“Adalah dimaklumkan hari ini merupakan hari terakhir saya di Yadim. Alhamdulillah a’la kulli hal,” katanya.

Beliau juga turut memohon maaf atas kekhilafan sepanjang mengemudi Yadim.

“Saya harap kakitangan Yadim dapat meneruskan usaha bakti dalam meneruskan dakwah yang merangkumi aspek kehidupan,” katanya.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda PAN, Syam Ghaz mendakwa perletakkan jawatan tersebut susulan perjumpaan Nik Omar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Waktu PH memerintah tahun 2018, jawatan YDP Yadim (yang dilantik zaman BN) tidak dipecat hingga tamatnya kontrak.

“Khabarnya juga hari ini Menteri Agama panggil Utz Nik Omar, dimaklumkan hari ini hari terakhir sebagai Pengerusi Yadim dan esok akan dilantik Pengerusi Yadim baru, khabarnya Ustaz Din Towi. Ad hoc!

“Kerajaan PN ni agak rakus, tapi kerakusan kamu yang majoriti 2 Ahli Parlimen sahaja itu boleh bertahan selama mana? 113 (PN) vs 109 (PH+)

“Moga rakyat dapat menilai secara rasional perbandingan PH dan PN, dalam isu perlantikan Pengerusi YADIM,” tulis Syam Ghaz atau Hisyamudin Ghazali di Facebooknya malam tadi.

Nik Omar dilantik mengetuai Yadim melalui lantikan politik pada 14 Dis 2018 bagi tempoh 2 tahun ketika pentadbiran Pakatan Harapan, menggantikan Yusri Mohamad yang tamat tempoh kontraknya pada 31 Oktober.

Pelantikan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) yang juga anak kepada pemimpin PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat itu, mengikut fasal perlembangaan Yadim yang memberi kuasa pelantikan YDP dan timbalannya kepada perdana menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat