Syed Saddiq Dipanggil SPRM Sebentar Tadi

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi dipanggil sekali lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan kehilangan wang didakwa milik Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh bekas menteri belia dan sukan itu dalam laman Facebook miliknya sebentar tadi.

“Saya sedia dan sentiasa berikan kerjasama penuh dengan SPRM. Saya, ibu bapa dan seluruh ahli keluarga saya juga telah lama mengisytihar harta untuk menjamin ketelusan kami semua.

“Saya sentiasa berlaku jujur dan berani kerana benar. Semoga urusan saya dan SPRM hari ini dipermudahkan,” katanya.

Disebabkan itu, Syed Saddiq terpaksa meninggalkan sidang dewan rakyat lebih awal.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung kes kehilangan wang tersebut pada Mac lalu dan ibu bapa serta beberapa pemimpin Armada telah dipanggil memberi keterangan.

Pihak SPRM turut menemui dan merampas wang tunai RM600,000 daripada dua ahli Armada dipercayai wang parti yang disalah guna.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat