RDC Beri Peluang Komuniti Dapat Akses Peralatan STI

- Advertisement -

KENINGAU – Pengwujudan Ruang Daya Cipta atau singkatannya RDC merupakan salah satu inisiatif MOSTI yang dilaksanakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bagi memberi peluang kepada komuniti di Malaysia untuk mendapatkan akses kepada peralatan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) khususnya di Keningau, Sabah.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata sebagai anak jati Sabah beliau tidak mahu anak-anak muda di kawasan ini ketinggalan daripada menceburi bidang yang berteraskan STI. Beliau menegaskan kesinambungan bidang STI termasuk TVET adalah penting bagi merealisasikan Malaysia Madani dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai daya cipta yang tinggi.

Dalam pada itu, Arthur yang juga Ahli Parlimen P.182 Pensiangan menyifatkan Ruang Daya Cipta di Kolej Vokasional Keningau istimewa kerana ia merupakan Ruang Daya Cipta pertama yang dirasmikan di Sabah, pertama dibangunkan dalam kawasan Institusi Pendidikan dan juga RDC pertama daripada 10 yang akan dibangun dibawah projek BITARA MADANI 2023.

Melalui kemudahan yang ada difasiliti ini, masyarakat setempat dapat belajar menggunakan 3D Printer, Robotik, Drone dan lain-lain peralatan secara praktikal. Ruang Daya Cipta juga menyediakan Studio Digital, Makmal Reka Bentuk dan Makmal Komputer bagi mencetuskan idea dan inovasi seterusnya menghasilkan produk yang boleh dipasarkan.

“Lokasi Ruang Daya Cipta di Kolej Vokasional Keningau ini amat strategik dan sudah pasti akan memberi akses mudah kepada penduduk setempat dan saya percaya dengan hebahan serta promosi yang berterusan, RDC Keningau akan dapat menarik pengunjung daripada daerah-daerah yang berdekatan.” kata Arthur ketika menyampaikan ucapan perasmian.

pl

Mengulas lanjut, beliau berharap dengan peralatan dan bimbingan yang disediakan, Ruang Daya Cipta di Keningau akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi membudayakan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE), dan mencambahkan kreativiti serta inovasi sehingga secara tidak langsung, mendukung usaha kerajaan dalam membantu meningkatkan pencapaian ekonomi dan kesejahteraan komuniti di sini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Dr. Sharmila Mohamed Salleh; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Encik Raisin bin Saidin dan Puan Christine Stanislaus Kinsik, Pengarah Kolej Vokasional Keningau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat